Saturday, October 22, 2011

Melayu memang hebat.....Hebat berzina

Pada 5 April 2003, sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan
 satu berita yang menyedihkan.
 Ia berbunyi: "Wanita Melayu paling ramai melacur iaitu mewakili 60%" 
- (Lihat Utusan Malaysia 5 April 2003).

Jika berita dukacita ini perlu dihubungkan dengan mana-mana

 kementerian untuk meminta pertanggungjawaban, maka
 kementerian itu ialah Kementerian Pembangunan Wanita.
 Menterinya ialah seorang pemimpin Umno yang juga seorang wanita.

Pelacuran adalah puncak kehinaan bagi kehidupan wanita.

 Jika keseluruhan 60 peratus najis pelacuran itu dimonopoli 
oleh wanita Melayu, maka apa lagi yang boleh diharapkan 
dari pemimpin Melayunya.

Allah S.W.T. telah mengharamkan zina sejak kira-kira 

1,424 tahun yang lalu. Zina dan pelacuran bukan setakat 
diharamkan tetapi Islam telah mengatur kaedah untuk menjauhi
 punca-punca awal yang boleh membawa kepada amalannya.
 Cuba kita perincikan maksud Ayat Al Quran ini:

"Jangan kau menghampiri zina, sesungguhnya zina itu suatu

 perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." 
(Surah Al Israa': Ayat 32) Jelas di sini bahawa faktor-faktor
 yang boleh membawa kepada zina dan pelacuran itu dari awal 
telah diminta untuk dihindari.

Ini termasuklah larangan pandang memandang, etika berpakaian,

 kawalan pergaulan, pemisahan tempat tidur di antara anak lelaki
 dan perempuan, akhlak bermusafir dan batalnya wudhu' mengikut
 Mazhab Shafie jika bersentuh antara lelaki dan perempuan
 yang sah nikah. 

Ini lebih-lebih lagi diterima oleh orang Melayu yang menerima

 Mazhab Shafie. Ini bermakna disiplin agama Islam itu begitu
 cermat. Segala saluran yang dikira boleh membawa manusia
 kepada zina dan pelacuran ditutup keseluruhannya. Di bawah
 ini izinkan saya mengambil sedikit bukti langsung disalin dari
 sumber Al Quran dan Hadith. Semuanya jelas:

i) Bahaya Pandang Memandang
"Dan katakanlah olehmu (Muhammad), kepada orang-orang 

perempuan yang beriman : Hendaklah mereka itu memejamkan
 setengah daripada pandangan mata mereka......"
 (Surah An Nur : Ayat 31)

Sh. Buraidah r.a. berkata: Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah

 bersabda kepada Saidina Ali r.a. : "Ya Ali! Janganlah kamu
 ikutkan satu pandangan dengan satu pandangan yang kedua,
 kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja
 (terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua."
 (Riwayat Imam-Imam Ahmad, Abu Dawud, Turmudzy dan Al Hakim)

ii) Bertemu Muka Sendirian

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,

 maka janganlah ia bertemu sendirian di satu tempat dengan
 seorang wanita yang tidak ada sertanya mahram daripadanya,
 kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan."
 (Riwayat Imam Ahmad dari Sh. Jabir r.a.)
"Janganlah seorang lelaki bertemu sendirian dengan

 seorang wanita yang tidak halal baginya, kerana bahawasanya
 yang ketiganya tentu syaitan, kecuali jika dengan mahram."


 (Riwayat Imam Ahmad dari Sh. Amir bin Rabie'ah r.a.).






iii) Berjabat Tangan

Siti Aisyah r.a. berkata: "Tidak, demi Allah! Tidak 

pernah Rasulullah s.a.w. menyentuhkan tangannya
 dengan tangan seorang perempuan lain, hanya ia membai'at
 mereka itu dengan percakapan." 
(Riwayat Imam-Imam Bukhari, Muslim dan Turmudzy).

iv) Pakaian Di Luar Rumah

Ayat-Ayat Firman Allah yang ertinya:

 "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka,
 melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya;
 dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudung kepala mereka
 atas leher dan dada mereka." (Surah An Nur: Ayat 31)

Tertegaknya hukum hudud bermakna rahmat serta keberkatan 
akan datang kepada kita.Tukarkan perkataan seks bebas kepada zina.
Zina merupakan perkataan yang digunakan di dalam Al Quran serta
 membawa maksud dosa yang besar.Buatlah apa sahaja peraturan 
serta undang-undang berlandaskan pemikiran manusia,Penyelesaiannya 
sukar mencari jalan muktamad.Hukuman hudud dirasakan paling berkesan
 menangani masalah zina sekarang.Tugasnya sudah tentulah 
pihak berwajib,bukan dijalankan dengan semborono,tetapi melibatkan
 seluruh kekuatan serta pemikiran dan juga mujahad kepada Allah.
Kajian serta pandangan ulamak mesti diambil kira.Tegakkanlah
 hukum hudud.Tangani masalah rogol,zina serta pembuangan
 anak sekarang.Rakyat Malaysia sedang berada di dalam situasi
 sosial yang amat sakit terutamanya golongan remaja serta muda
 mudi.Krisis keyakinan terhadap Allah serta hukumnya menghakis
 maruah serta harga diri.Jati diri berlandaskan keyakinan yang teguh
 kepada Allah luntur.Pasangan kekasih mencintai kekasihnya melebihi
 kasihnya kepada Allah serta Rasul.Akibatnya jiwa yang kosong,nafsu
 mengambil tempat,akhirnya zina terjadi.Persoalanya ubat bagi sakit
 sosial ini sudah disediakan oleh Allah..mampukah kita melaksanakannya.
.Jawabnya sudah tentu boleh kerana hukum Allah sesuai dengan fitrah
 manusia di mana sahaja serta sepanjang zaman.sekatan boleh
 dilaksanakan kepada semua pihak yang bertanggungjawab,bukan
 hanya kepada penzina,tetapi juga sumber membuatkan seseorang
 berzina.hukuman keras dan setimpal perlu difikirkan serta mesti
 berlandaskan kepada hukum Allah...maka sakit sosial ini boleh 
dikurangkan ketahap minimum mungkin.


nota kaki:

Melayu memang hebat.....Hebat berclubbing

Bali Villas - Bali Clubbing
Sedih melihat gejala sosial yang melanda anak-anak Melayu sekarang,
bersosial seperti tiada sempadan Agama. Terpercik persoalan dalam
minda, sampai bilakah masalah ini akan berakhir, adakah kesedaran
akan muncul apabila negara 'Tanah Melayu' ini di rampas 
oleh bangsa lain...fikir-fikirkanlah wahai bangsaku..
persoalannya kenapa bangsa kita teruk dihimpit gejala sosial ini:

Apakah masa depan umat Melayu dikala zaman 2020 nanti,
jika bangsa lain terus gigih menaikkan ekonomi bangsa sendiri,
akan tetapi tuan punya negara ini senantiasa berada dalam
'Comfort Zone'. Mungkin mereka beranggapan negara kita
takkan jatuh ke Tangan Bangsa Lain selagi dipimpin oleh
 Perdana Menteri Melayu. Persepsi yang silap..
Ekonomi kita sudah jatuh ke tangan bangsa pendatang, apa

yang tinggal pada kita jika asyik ber'clubbing'tak sudah tanpa
memikirkan hala tuju sebenar bangsa...Ini memang terjadi di 
sekeliling kita. Cuba lihat sahaja anak menteri mana yang tidak 
mengenali arak, kelab dan semua kelalaian dunia ini. Sedikit demi
sedikit budaya –budaya seperti ini menyusup kedalam
kancah hidup orang melayu khususnya anak-anak muda.
Pendidikan bermula daripada rumah. Diharap ibu bapa zaman

globalisasi ini pandai mencorak minda anak mereka agar tidak
hanyut dengan dunia yang sementara ini, Gunakan pendekatan
 'push and pull' dalam menyelesaikan masalah, jangan katakan
Tidak secara terus, tp gunakan psikologi agar anak-anak dapat 
menerima situasi tersebut..
Pihak berwajib perlu memainkan peranan yang aktif dari aspek

penguatkuasaan, tiap-tiap malam dalam berita menyiarkan 
pembongkaran kisah rumah urut tak berlesen. Hairan juga, 
kenapa boleh jadi gitu??? adakah sistem implementasi yg lemah
penuh dengan ketirisan mampu menyumbangkan kepada jumlah
kegiatan sosial yang jauh lagi teruk nanti, jangan kerana kejarkan 
wang ringgit sanggup menghalalkan cara tanap memikirkan 
Halal-Haram, jangan samapai tak terjawab di Padang Masyar
nanti sudahlah...


Sama-sama kita giatkan usaha untuk memerangi gejala ini
dalam ruang lingkup yang kita mampu..

sharifah jasmine soraya