Friday, October 21, 2011

Melayu memang hebat.....main nombor ekor!

Hebat main nombor ekor.

Orang melayu kalau sembang pasal nombor ekor memang champion. Biarpun gagal matematik dalam spm tak bermaksud diorang bodoh dalam matematik. Korang tengok la diorang punya terer matchingkan nombor. Pergh memang superb. Entah apa yang bestnya main nombor ekor tu gua pun tak tau. Nak kata kaya tak kaya-kaya jugak. Lagha saja.



cara baru untuk tilik no ekor.kanak2 dilarang meniru aksi ini.



1- mula2 bila nampak kura2 lintas jln....tangkap dlu...
2- pastu simpan 2-3 hari...
3- pastu buh bedak kat bdn dia...
4- pastu gosok2 sampai nombor kluar....






Gambar Hiasan
Oleh Norfaisal Jahuri
MELAKA: Akibat terlalu bimbang dicekup, seorang lelaki sanggup menggigit tangan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bagi membolehkan dia melepaskan diri daripada dikenakan tindakan.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, penguat kuasa itu digigit di kanan dan kiri tangannya ketika memaut bahu suspek yang membeli nombor ekor di sebuah premis di Bukit Baru, dekat sini. Walaupun penguat kuasa terbabit terpaksa menahan sakit, namun usaha lelaki itu melarikan diri gagal. Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki berusia pertengahan 40-an itu ditahan selepas didapati membeli nombor ramalan di premis terbabit. Katanya, penguat kuasa itu menunggu di belakangnya sebelum menahannya sejurus dia membeli nombor ramalan di kaunter. “Penguat kuasa itu cuba memegang tangan suspek bagi menahannya, namun lelaki itu meronta dan menjerit. “Penguat kuasa berkenaan terpaksa menggunakan kedua-dua tangannya secara bergilir bagi memaut lelaki itu supaya tidak lari tetapi suspek terus menggigit,” katanya, di sini, semalam. Operasi dua jam itu membabitkan pemeriksaan tujuh kawasan sekitar bandar ini, iaitu Bukit Baru, Semabok Perdana, Semabok Dalam, Jalan Hang Tuah, Jalan Bendahara dan Peringgit Jaya. Seramai 21 pesalah syariah berusia antara 24 hingga 64 tahun ditahan termasuk seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) yang juga menjerit dan meronta ketika ditahan.http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gigittangan/Article





sinarharian
Ahli UMNO edar ‘nombor ekor’ semasa mesyuarat bahagian
TEMERLOH – Perwakilan UMNO yang hadir pada mesyuarat bahagian semalam dikejutkan dengan gelagat salah seorang ahli parti itu yang mengedarkan tiket ‘nombor ekor’ kepada perwakilan dan pemerhati.
Berita selanjutnya boleh baca di sini …. itupun kalau dapat baca..

DR M : LESEN JUDI DILULUSKAN JIKA SAYA BERKUASA…

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.
“Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah,” katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.
Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.
“Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.
“Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram,” katanya lagi.Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.
“Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.
“Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak,” katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.
Sumber : Malaysiakini

Keputusan 4 Nombor Ekor


 

Apakah menjadi satu kemestian untuk menyiarkan keputusan 4 nombor ekor dalam akhbar berbahasa Melayu yang majoritinya dibaca oleh orang Melayu Islam? Apakah wartawan beragama Islam tidak merasakan bahawa pendapatan mereka tidak diberkati Allah? .Mungkin tuntutan pendapatan dari sumber iklan yang lumayan menutup mata pihak akhbar terbabit? Entahlah, aku tak tahu nak menjawabnya. Dulu-dulu keputusan nombor ekor ini disiarkan dalam ruangan yang kecil sahaja tetapi sekarang sampai 2 mukasurat dikhaskan untuk nombor-nombor haram ini.

Thursday, September 15, 2011

nak tikam nombor pon tukar uniform dulu buleh ka???



No comments:

Post a Comment