Friday, October 21, 2011

Melayu memang hebat.....Hebat dengki orang lain.

 Hebat dengki orang lain.

Tak Cina Kalau Tak menipu Kerjanya,
Tak India kalau tak mabuk Tabiatnya,
Tak Melayu Kalau Tak Hasad dengki sifatnya.

Orang melayu kalau bab dengki-mendengki ni pun hebat. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit, mula la dengki. Pastu pergi jumpe bomoh, hantar mandrem kat orang tu bagi dia jatuh. Korang tengok je la, berapa orang dah kecundang dalam bisnes sebab kena dengki? Bodoh! Nak bersaing cara sihat la.

melayu memang tak leh dari hasad dengki. kawan naik pangkat dengki. anak jiran masuk universiti dengki. orang berniaga berjaya pun dengki. memang sifat tu sesuai untuk bangsa melayu. betullah cakap brader guard tu "Tak Melayu Bangsanya kalau tak hasad dengki sifatnya".


Dengan Nama AlLah

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan;
[5]
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".


Khamis, 28 April 2011

Kemenangan Kuan Yew bukti usia bukan penghalang berkhidmat kepada rakyat – Syed Ali

KEMENANGAN tanpa bertanding Lee Kuan Yew yang kini berumur 87 tahun sebagai Ahli Parlimen Tanjong Pagar bukti faktor usia bukan penghalang meneruskan kepimpinan kepada rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan kejayaan bekas Perdana Menteri Singapura itu mempertahankan kawasan berkenaan sejak 56 tahun lalu juga membuktikan kematangan rakyatnya berpolitk.

Tanpa mengambil kira latarbelakang politik di republik berkenaan kata beliau, kemenangan Kuan Yew merupakan mesej pengalaman beliau masih diperlukan untuk diteladani generasi muda.

Beliau berkata, Kuan Yew adalah pengasas Singapura moden dan beliau terlalu lama memerintah republik itu dan pada realtiinya beliau sepatutnya sudah bersara.

Semalam, Menteri Mentor Singapura itu diumumkan menang tanpa bertanding kerusi parlimen Tanjong Pagar yang diwakilinya sejak tahun 1955.

Dengan kemenangan tersebut, Kuan Yew akan mewakili kawasan berkenaan sehingga lima tahun mulai sekarang pada usia 92 tahun.


Dalam hal ini kata Syed Ali lagi, pengundi di kawasan berkenaan masih lagi memerlukan penglaman beliau untuk memimpin mereka walaupun usia Kuan Yew agak lanjut.

“Ini juga secara langsung membuktikn rakyat Singapura masih menghormati Kuan Yew sebagai bekas Perdana Menteri,” ujarnya.

“Inilah bezanya dengan sikap pemimpin Melayu yang selalunya memiliki sifat hasad dengki dan akan berusaha untuk menjatuhkan sesama sendiri jika dilihat agak lama memimpin parti atau kerajaan,” tegasnya lagi.

Beliau mengakui sindrom itu turut berlaku dalam UMNO di mana akan ada pihak yang berasa tidak senang hati jika seseorang itu terlalu lama memegang jawatan.

Bagaimanapun tegas beliau, penyakit hasad dengki dan khianat itu turut berlaku dalam parti-parti pembangkang yang diketua oleh orang Melayu.

Sebagai contoh Syed Ali menyebut bagaimana berlaku terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila dikatakan ada pihak tertentu cuba menjatuhkan beliau sebelum bersara.

“Dr. Mahathir pernah diasak oleh pelbagai pihak supaya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan alasan terlalu lama berkuasa,” ujarnya.

Yang sedihnya kata beliau, mereka yang berbuat demikian adalah orang UMNO dan pernah menikmati pelbagai kejayaan hasil daripada pemerintahan Dr. Mahathir.

Sehubungan itu, beliau mahu orang Melayu terutama genersi muda supaya sentiasa menghormati pemimpin terdahulu dengan menjadikannya sebagai teladan untuk berjaya.

“Sifat hasad dengki, khianat dan adu-domba perlu dihindari jika kita ingin beraya dan melihat parti terus kukuh,” katanya.

No comments:

Post a Comment