Saturday, October 22, 2011

Melayu memang hebat.....Hebat berclubbing

Bali Villas - Bali Clubbing
Sedih melihat gejala sosial yang melanda anak-anak Melayu sekarang,
bersosial seperti tiada sempadan Agama. Terpercik persoalan dalam
minda, sampai bilakah masalah ini akan berakhir, adakah kesedaran
akan muncul apabila negara 'Tanah Melayu' ini di rampas 
oleh bangsa lain...fikir-fikirkanlah wahai bangsaku..
persoalannya kenapa bangsa kita teruk dihimpit gejala sosial ini:

Apakah masa depan umat Melayu dikala zaman 2020 nanti,
jika bangsa lain terus gigih menaikkan ekonomi bangsa sendiri,
akan tetapi tuan punya negara ini senantiasa berada dalam
'Comfort Zone'. Mungkin mereka beranggapan negara kita
takkan jatuh ke Tangan Bangsa Lain selagi dipimpin oleh
 Perdana Menteri Melayu. Persepsi yang silap..
Ekonomi kita sudah jatuh ke tangan bangsa pendatang, apa

yang tinggal pada kita jika asyik ber'clubbing'tak sudah tanpa
memikirkan hala tuju sebenar bangsa...Ini memang terjadi di 
sekeliling kita. Cuba lihat sahaja anak menteri mana yang tidak 
mengenali arak, kelab dan semua kelalaian dunia ini. Sedikit demi
sedikit budaya –budaya seperti ini menyusup kedalam
kancah hidup orang melayu khususnya anak-anak muda.
Pendidikan bermula daripada rumah. Diharap ibu bapa zaman

globalisasi ini pandai mencorak minda anak mereka agar tidak
hanyut dengan dunia yang sementara ini, Gunakan pendekatan
 'push and pull' dalam menyelesaikan masalah, jangan katakan
Tidak secara terus, tp gunakan psikologi agar anak-anak dapat 
menerima situasi tersebut..
Pihak berwajib perlu memainkan peranan yang aktif dari aspek

penguatkuasaan, tiap-tiap malam dalam berita menyiarkan 
pembongkaran kisah rumah urut tak berlesen. Hairan juga, 
kenapa boleh jadi gitu??? adakah sistem implementasi yg lemah
penuh dengan ketirisan mampu menyumbangkan kepada jumlah
kegiatan sosial yang jauh lagi teruk nanti, jangan kerana kejarkan 
wang ringgit sanggup menghalalkan cara tanap memikirkan 
Halal-Haram, jangan samapai tak terjawab di Padang Masyar
nanti sudahlah...


Sama-sama kita giatkan usaha untuk memerangi gejala ini
dalam ruang lingkup yang kita mampu..

sharifah jasmine soraya

No comments:

Post a Comment