Friday, October 21, 2011

Melayu memang hebat.....


Orang melayu hebat

dipetik daripada  http://kingdjango.blogspot.com/2011/07/orang-melayu-hebat.html
Siapa setuju orang melayu hebat? Sila la percaya dengan gua.
 Orang melayu memang hebat. Tak percaya? Gua akan terangkan
 kenapa gua cakap orang melayu hebat. Semua penerangan gua
 berdasarkan pemerhatian gua. Betul ke tidak hanya Tuhan yang tau.


1. Hebat main nombor ekor.


Orang melayu kalau sembang pasal nombor ekor memang champion.
 Biarpun gagal matematik dalam spm tak bermaksud diorang bodoh
 dalam matematik. Korang tengok la diorang punya terer matchingkan nombor. 
Pergh memang superb. Entah apa yang bestnya main nombor ekor tu 
gua pun tak tau. Nak kata kaya tak kaya-kaya jugak. Lagha saja.


2. Hebat dengki orang lain.


Orang melayu kalau bab dengki-mendengki ni pun hebat.
 Tak boleh tengok orang lain lebih sikit, mula la dengki. 
Pastu pergi jumpe bomoh, hantar mandrem kat orang tu
 bagi dia jatuh. Korang tengok je la, berapa orang dah
 kecundang dalam bisnes sebab kena dengki? Bodoh!
 Nak bersaing cara sihat la.


3. Hebat buat cerita.


Orang melayu memang hebat buat cerita. Cerita 
yang takde diada-adakan. Tak percaya?
 Korang tengok la berapa banyak cerita melayu?
 Cerita sang kancil bape banyak dia punya keluaran?
 Banyak tau. Tapi itu bukan yang gua nak cerita.
 Maksud gua kat sini fitnah. Tak baik tau fitnah-fitnah ni
. Kang kena batang hidung sendiri baru tau tinggi ke tak langit.


4. Hebat berclubbing.


Korang pegi saja kelab-kelab malam, tengok
 bangsa mane yang paling ramai kat sana?
 Of course la melayu. Orang melayu kan hebat. 
Tak main la lepak kat warung-warung kopi. 
Tu zaman jepun tok nenek boleh la. 
Air pun tak men dah air kopi. Ape barang. Minum arak la best. 
Sebab ada alasan tak payah beribadat. Kan setitik arak yang kita
 teguk amalan kita tak diterima Allah? Wallahualam.


5. Hebat berzina.


Orang melayu memang hebat berjimak. 
Korang baca saja kat suratkabar, berapa ramai 
pasangan tertewas akhirnya di tangan jabatan 
agama Islam? Tu belum lagi dikira dengan yang 
tak masuk suratkabar. Ape nak jadi? Insaflah wahai melayu.


6. Hebat lumba haram.


Bangsa mana paling ramai jadi mat rempit?
 Sudah semestinya orang melayu. Orang melayu
 kan hebat. Entah apa yang bestnya merempit pun
 gua tak tau. Dah jatuh tergolek, putus tangan putus 
kaki baru nak ingat tuhan. Tapi takpe, setakat putus
 kaki ape la nak dihairan kan sangat. Ye dak? Kata hebat!


7. Hebat menipu.


Ni lagi satu, hebat menipu. Disebabkan nak jadi kaya
 cepat mula la menipu orang lain. Buat skim cepat kaya,
 MLM dan ape lancau yang setaraf dengannya. 
Konon-konon nak tolong orang melayu yang lain.
 Dapat duit terus hilang. Cilake punya orang. 
Hidup lu tak selamat. Kaya lu kejap je. Pastu dah 
boleh tidur hotel besi 5 bintang. Haha!


8. Hebat begaya.


Orang melayu memang hebat bergaya. Tak percaya korang 
pergi bukit bintang. Macam-macam fesyen orang melayu ni
. Up to date la orang putih kata. Sesuai dengan keadaan semasa
.Tapi yang tak hebatnya, nak bergaya bergaya lah 
tapi jangan sampai menyusahkan orang lain.
 Dah la takde duit, pastu nak bergaya sakan. 
Sanggup tu pinjam duit kawan nak beli baju cantik-cantik. 
Dah ramai gua jumpa orang macam ni. 
Tapi bagi mereka, biar papa asal bergaya. Gampang!


9. Hebat diranjang.


Ni macam lucah sikit, tapi itulah kenyataan.
 Kenapa gua cakap macam tu? Yelah, disebabkan kehebatan mereka ini lah banyak kejadian anak haram dilahirkan. Pastu buang merata-rata. 
Nak berjimak tu kau punya pasal la. Dosa kau tanggung sendiri. Tapi play safety la. Pakai la kondom. Kesian bayi-bayi yang tak bersalah tu. 
At least kau buat satu dosa saja. Ni tak kau tau sedap je. Bodoh!


10. Hebat merogol.


Ni pun agak lucah tapi itulah kenyataan. Disebabkan hebat,
 anak sendiri, adik-beradik sendiri, anak saudara, cucu-cicit 
semua kau nak rogol. Bangsa lain ada? Jarang sekali gua 
dengar. Kalau kau sangap sangat pergi la langgan pelacur.
 Jangan nak rosakkan masa depan anak bangsa kau sendiri. 
Ada paham?


Gua buat entri ni sekadar renungan bersama.
 Banyak sangat benda-benda negatif yang gua baca
 kat suratkabar tentang orang melayu. Tak malu ke? 
Apa nak jadi. Kalau korang rasa tersinggung dengan entri ni, 
gua minta maaf banyak-banyak.
 Tujuan gua satu je, gua tak nak orang melayu hebat dengan 
perkara-perkara negatif. Tapi gua nak orang melayu hebat
 dengan perkara-perkara positif. Orait!

No comments:

Post a Comment