Monday, October 24, 2011

Melayu memang hebat..... Hebat lumba haram.


Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motokapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan [1][2], pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi [3][4]. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit [5]. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit [6]. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.
Mat Rempit di Singapura terbanyak memandu kereta mahal seperti Lamborghini, Bentley dan Ferrari, bukannya motosikal. Tetapi masih ada orang menunggang motosikal. Motosikal Mat Rempit di Singapura adalah jenis Eropah seperti Ducati, Aprillia, dan BMW, bukan kapcai atau skuter yang terbanyak di Malaysia. Mat Rempit juga mengguna gaya Tafheet di lebuhraya Singapura, dan lumba dalam 300km sejam ke atas.



Trend menunjukkan aksi menunggung motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya. 
Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ ini bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini.
Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang 
  




 
Mat rempit Mat Rempit Jalanan: Jalan Terakhir Untuk Mat Rempit dan Minah Rempit
0 Mat Rempit Jalanan: Jalan Terakhir Untuk Mat Rempit dan Minah Rempit
Hebat..memang hebat....kalau mati pun, mati di jalan yang lurus! Isk,isk,isk kesian...dah bahagian dia camni...nak kita apakan?.
accident1bd7 Mat Rempit Jalanan: Jalan Terakhir Untuk Mat Rempit dan Minah Rempit
ohtidakdotcom6 Mat Rempit Jalanan: Jalan Terakhir Untuk Mat Rempit dan Minah Rempit
accident8qd3 Mat Rempit Jalanan: Jalan Terakhir Untuk Mat Rempit dan Minah Rempit
MATI Mat Rempit Jalanan: Jalan Terakhir Untuk Mat Rempit dan Minah Rempit

No comments:

Post a Comment